Saturday, December 18, 2010

16 Muharam 1432 Hijrah..22 December 2010..221285..

Alhamdulilah...
Walau apa pun angka..nilai..nombor pada sesuatu keadaan dan perkara itu berlaku..tapi punya makna yang sama..
Alhamdulilah...
Setiap tahun..bulan..hari..usia pada jasad ku ini semakin bertambah..meningkat mengikut kadar yang paling sesuai dengan diri ku hanyalah kerana dengan daripada izin Allah s.w.t...
Alhamdulilah...
Kerana hidup ku ini kadang kala terasa terlalu deras..banyak suka duka.susah senang..berlaku sepanjang usia ku ini..kehilangan..kehampaan..kesakitan..kegembiraan semuanya sudah tertulis untuk takdirku..aku redha malah bersyukur kerana telah berupaya mengharungi segalanya dengan hati yang tenang dan ikhlas kerana aku percaya sudah tertulis takdirku sedemikian yang ada rahmat sinar kebahagian untuk aku sebagai penghargaan...
Alhamdulilah...
Menitis air mata ku ini..walau seluas lautan..setinggi bintang bulan di angkasa..namun aku tak berupaya untuk meluahkan segala yang terbuku dihati ku ini..hanya dengan adanya kesabaran dalam diri ku sebagai peneman disepanjang usia ku..
Alhamdulilah..
Demikianlah apa yang selama ini telah aku tempuhi..di usia ini aku berdoa semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa ku semenjak aku dilahirkan..di usia ini juga semoga aku sentiasa mampu membahagiakan hidup kedua ayah dan ibu..keluargaku serta bahagia bersama orang-orang yang sangat aku sayangi..
Syukur alhamdulilah..