▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬Hikmahnya bersedekah apabila untuk memberi kita tidak perlu menjadi kaya tapi cukuplah sekadar hanya memiliki hati yang kaya..
KISAH 1:
suatu pagi ketika perut sedang bekeroncong minta untuk di isi sesuatu dalam perut..lalu pergi la ke sebuah cafeteria..cukuplah sesenduk nasi goreng dan empat ketul kentang goreng wedges sebesar tapak tangan...Insya Allah kenyanglah beliau sampai tengah hari nanti...seingat beliau menghulurkan note rm20 kepada penjual cafeteria tersebut dengan harga nasi goreng + kentang goreng wedges hanya rm2..jadi sudah tentu baki duit ialah rm18...tapi yg dapat di tangan beliau hanya rm8 pula...mana pergi rm10...untuk tidak mengelirukan sesiapa beliau diamkan sahaja..dalam hati beliau meniatkan bahawa lagi rm10 itu disedekahkan dan pahala tersebut juga di niatkan utk kedua org tua yg disayangi...juga bonda yg telah tiada...semoga beroleh manfaat bersama..
-beliau tak rugi pun rm10 tapi dapat pahala bersedekah..lagi pun bila lagi nak tolong dan sokong perniagaan orang melayu▬
KISAH 2
Melihatkan kecelaruan seorang pelangan yg datang ke kedai..dengan niat ingin tolong menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi lalu bertanyakan...apa lah masalah tersebut..banyak la perlu hubungi pihak yang berkaitan...hampir setengah hari barulah selesai masalah tersebut...berlakulah satu transaksi dan ada baki rm10..lantas dengan tak semena pelanggan tersebut memberikan semula rm10..katanya sbg penghargaan kerana menolong beliau menyelesaikan masalah yg dihadapinya tadi sudah selesai sebenarnya setelah dua hari tertangguh.Maka ada rm10 dan jadi duit simpan utk hari tersebut bertambah..Alhamdulillah rezeki tak dijangka..hikmahnya rm 10 tu kan.
-dikongsi pula bersama rm5 kepada adik yg sering merayau rayau di stesen minyak dgn menjaja keropok kering..ambil la dik duit ni..tanpa mengambil keropok kering tersebut.(keropok ikan)