Sunday, February 26, 2012

Wahai si pemilik ♥ ku...

sadarilah kita "cinta" itu satu amanah.

Ia bukan hak mutlak kita. Tidak wajar utk kita jadikan amanah utk memusnahkan atau memungkiri amanah yg lain. Kita hamba ciptaan Allah yg dijadikan berpasang-pasangan. Kita hanya meminjam anugerah Allah itu, namun bila tiba masanya kita pasti akan pulangkan. Cinta yg hakiki datangnya dari Allah Azza wa Jalla semata-mata.

Bila aku adalah cinta yg kau dambakan selama ini, maka cintailah Allah lebih dari diriku...kasihilah Allah lebih dari segala-galanya kerana hidup dan matimu hanyalah bersama-Nya

Ya Rabb...

bila dia memang baik untukku, agamaku, masa depan dunia dan akhiratku juga akan membimbing dan membawaku lebih dekat pada-Mu...maka dekatkanlah diriku dengannya dan satukanlah kami dalam pernikahan yg sakinah, mawaddah, warrahmah...tapi kalau bukan dia yg terbaik...maka jangan biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta. Jadikanlah kekaguman ku seperti orang lain kagum padanya. Engkaulah maha membolak-balikkan hati...maka ku titipkan rasa ini, ku serahkan semuanya pada-Mu kerana semua ini adalah milik-Mu...

Amin ya Rabbal'alamiin....


Friday, February 17, 2012

.::. tEngKu mAhmUd & 7 dULang hAnTaran beRwarnA kuNing .::.


tak tau dari mana nak mulakan cerita....anggaplah ini hanya mainan tidur atau sekadar citer dongengan saje...
5am
"lebih baik kau terima saje lamaran ini demi masa depan kau yang cerah kelak"
"tapi, saya hanya menunggu lamaran dari dia yang saya cinta..." kenapa bukan dia yang datang meminang aku??
"baiklah...tapi majlis ini harus berlangsung sebelum kemangkatan Baginda"
"jika saya tak setuju bagaimana..."

*yang ternyata jelas kelihatan ada 7 dulang hantaran...CINCIN!!!! ya di mana cincin itu jika aku yang di pinang oleh "Tengku Mahmud" sebagai tanda*
"bermakna saya masih boleh menolak pinangan ini secara baik kerana cincin tiada sebagai simbolik kebiasaanya adat melayu"
*masing masing kebingungan...adakah ianya perlu diteruskan atau apa*
530am
sejenak ku tersedar dari tidur malam yang lena.....

~puisi malam~


wahai wanita solehah,
janganlah risau tentang jodohmu,
kerana muslimin yang baik tidak akan terpaut pada wanita,
hanyakerana kecantikannya,
pada bicara manja yang menggoda,
pada pujuk rayu yang meruntuhkan imannya,
sesungguhnya lelaki itu peminpin kepada wanita,
andai jua belum tiba jodohmu,
anggaplah Adam yang kau nantikan itu,
sedang membina sahsiah kepimpinannya,
bagi memimpin dirimu,
kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya,
dan Adam yang benar-benar layak,
pasti akan hadir untuk melengkapkan dirimu,

cintaku pada orang yang aku cintai dan sayangi,
titipkanlah pada Allah Azza wa Jalla,
sebab hanya Allah Azza wa Jalla yang Maha Menjaga,
dikala aku dan dia saling berjauhan,
dikala aku dan dia saling memendam rindu,
ingin sering bertemu,
Allah menjaga dengan menenangkan hatiku,
melalui dzakir dan tadabbur,
cintaku pada orang yang sungguh-sungguh menyangiku,
adalah milik-Nya....

"KAU JAGA SELALU HATIMU"