Tuesday, January 18, 2011

kerana hal itu...

~babe..tak sangka la wey kerana hal itu da pulak kita tak bertegur sapa..bagus la sebab sekarang kau dah ada kawan baru..so ada la orang lain selain aku yang sudi dengar permasalahan kau..yang macam selalu kau update status dalam 'mukabuku' kau tue..

~babe..aku tak ada niat pown nak sakit kan hati kau..woiii bukan ke best kalau cite hal kawen2 nie..kan kau jugak yang sibuk selalu cite,share story hal nie dengan aku..aku layan je la bile dah ada yang start dulu...owh tak sangka tibe2 je jd se 'kronik..barah tahap 3'..tak tau la pulak family dia amik serious hal nie..

~babe..kau pon 1 gak apesal duk diam cam patung cendana sambil tersenyum simpul malu2 kt situ..atleast ko cakap la sumting tuk defent diri kau..'makcik saya bukanlah gadis yang dimaksudkan'..tak la sampai brposing kuar lensa kamera..aishhh lau dah cam tu orang ingat diam tanda setujue..

~babe..sampai hati kau cakap aku lidah bercabang..bukan sebab tu je kadang2 aku selalu terasa dengan kata2 kau..kau selalu downkn mood aku tanpa kau sedar..tersentap aku..

~babe..lau aku bersalah kerana hal tu aku minta maaf..eh dlm blog aku nie dia dengar ke..arggh biar la..tak pe aku pun selalu maaf kan kesalahan orang lain sebelum aku tido takut esok tido tak bangun2 kan..

~babe..dah lah lepas ni kau cari la orang lain untuk dengar story2 kau tuhh..kau kan ramai bestfewen selain aku..

~maaf kalau aku telah menyakiti hati kau..walau hati ini terus menangis tapi aku lakukan semua ni sebab rasa cinta pd kawan aku seperti kau..jujur aku pon tak kuasa nak jd penyebab gurauan dengan kau lg..

~aku bangga ada kawan macam kau..

Sunday, January 9, 2011

kERanA seMaLAm..haRi iNI daN eSok

~tak tahu dari mana nak mulakan cerita..aku sedar aku bukan yang terbaik sebab itu la aku tak pernah rasa akan kebahagian memiliki cinta dari orang yang bukan mahram ku..
~ya Allah..aku sentiasa di bayangi dengan kisah silam ku..aku terlalu berdosa kerana telah menyerahkan cinta ku pada yang bukan berhak..adakah aku akan dapat kan kembali cinta itu sedangkan aku tahu hanya kepada mu ya Allah seharusnya aku berikan rasa cinta itu...
~salah kah aku untuk mencintai dia..sedangkan aku telah dikurniakan rasa cinta itu..mungkin juga memang salah aku kerana terlalu mempercayai cinta itu sehingga aku lupa siapa diri aku yang sebenarnya...
~kerana semalam hari ini dan esok...masih kah ada ruang cinta ini untuk aku berikan kepada yang sudi menerima diri aku seadanya..aku cuba untuk memperbaiki diri aku..berubah kepada yang terbaik...kerana dulu aku pernah di cintai..sudikah orang itu menerima aku..sudikah aku menerima orang itu..
~sehingga suatu detik aku tidak mengharapkan apa-apa lagi daripada cinta..melainkan aku lebih mempercayai cinta itu jika ada yang sudi menghargai apa itu cinta..
~kerana cinta la aku hidup di dunia..kerana cinta la kadangkala aku lupa untuk berhati-hati tentang cinta..
~aku perempuan dan dia lelaki bergitu juga jika dia lelaki dan aku lah perempuan itu..maka satukan la kami sebagaimana yang telah di takdirkan untuk aku..malah aku tak akan mudah merasa kalah untuk mencari cinta..
~tak kisah la apa warna kulit..yang penting kita punya rasa cinta yang sama..tak kisah la tinggi atau rendah darjat di dunia seseorang tu asalkan biarlah dia lebih mencintai ALLAH YANG MAHA ESA selepas itu barulah dia boleh mencintai aku...
~aku bukan sesiapa...jika aku sudi terima siapa cinta itu..jika cinta itu sudi terima siapa aku..kerana aku serba kekurangan..bimbinglah aku..berikan lah aku kekuatan supaya masih ada cinta lain dari insan yang bergelar kaum adam yang boleh aku percayai lagi..
~maaf kan aku..kerana semalam hari ini dan esok pernah di cintai..mencintai dan saling menyayangi..

~~~~cinta untuk aku~~~~

Saturday, December 18, 2010

16 Muharam 1432 Hijrah..22 December 2010..221285..

Alhamdulilah...
Walau apa pun angka..nilai..nombor pada sesuatu keadaan dan perkara itu berlaku..tapi punya makna yang sama..
Alhamdulilah...
Setiap tahun..bulan..hari..usia pada jasad ku ini semakin bertambah..meningkat mengikut kadar yang paling sesuai dengan diri ku hanyalah kerana dengan daripada izin Allah s.w.t...
Alhamdulilah...
Kerana hidup ku ini kadang kala terasa terlalu deras..banyak suka duka.susah senang..berlaku sepanjang usia ku ini..kehilangan..kehampaan..kesakitan..kegembiraan semuanya sudah tertulis untuk takdirku..aku redha malah bersyukur kerana telah berupaya mengharungi segalanya dengan hati yang tenang dan ikhlas kerana aku percaya sudah tertulis takdirku sedemikian yang ada rahmat sinar kebahagian untuk aku sebagai penghargaan...
Alhamdulilah...
Menitis air mata ku ini..walau seluas lautan..setinggi bintang bulan di angkasa..namun aku tak berupaya untuk meluahkan segala yang terbuku dihati ku ini..hanya dengan adanya kesabaran dalam diri ku sebagai peneman disepanjang usia ku..
Alhamdulilah..
Demikianlah apa yang selama ini telah aku tempuhi..di usia ini aku berdoa semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa ku semenjak aku dilahirkan..di usia ini juga semoga aku sentiasa mampu membahagiakan hidup kedua ayah dan ibu..keluargaku serta bahagia bersama orang-orang yang sangat aku sayangi..
Syukur alhamdulilah..

Saturday, November 27, 2010

what's on my mind??..the way to show my love 4 someone~

To: my mr 'sayang'

Sayang..when i saw you, i was afraid to talk you. When i talked to you, i was afraid to hold you. When i hold you, i was afraid to love you. Now that i love you, i'm afraid to lose you. Sometimes love is very hurts but then it isnt love rite...

Sayang..when we hold on the person we love before they slip away forever or else, we can never get them back. While i had you, i fell asleep wif gentle smile on my face.

Sayang..before i lost you, i so worried my self to sleep. Now that i knowt, you ar gone. Waiting fo you to come back wif me.. It this rite??

Sayang..sesuatu yg ingin sy pesan pd syg,
1) kasihi la s'seorg itu sekadarnya kerana mungkin dia akan menjadi org yg kita benci suatu hari nanti.
2) jika kita membenci s'seorg itu, benci la ia sekadarnya kerana mungkin dia pula akan menjadi kesayangan kita suatu hari nanti.

From: mrs.sayang

Sunday, November 7, 2010

sERibu KaLi ciNTa

untuk kamu..ain nur adlyaine ayien nur farisha

seribu kali cinta aku tetap mengasihi kamu..walaupun aku tahu bertapa peritnya menanggung rindu di sebaliknya..kamu telah berjanji pada diri aku walaupun tidak sesaat kamu akan meninggalkan aku dibiarkan tanpa cinta dan kasih sayang dari kamu..tapi kini kau telah mungkiri janji kamu..apalah daya aku jika ini yang ditakdirkan untuk aku..apakah helah disebalik kata-kata kamu..tahu kah kamu aku mencintai kamu?tahu kah kamu bertapa sakitnya hati ku?apakah lagi alasan kamu untuk aku..apakah ini yang kamu janji kan untuk aku..tergamaknya kamu..disaat kamu diijab kabul di atas perjanjian hidup dan mati kamu bersama insan yang kamu pilih aku berharap dan berdoa janganlah kamu berpaling lagi pada aku..pandang lah dia sebagai suri kamu..kasihanilah dia dengan sejujur kasih kamu..janganlah kamu menyakiti dia sebagaimana kamu pernah menyakiti aku ketika itu..

Sunday, October 10, 2010

tHe jOurney Of PrienCesS....


Princess is now fine a young woman and has graduated with basic Diploma in Hotel management. She have do any part-time work during her semester breaks around and finished his study at 2005-2008.



First day at work....

:: Upon her graduation, she did not immediately look for a job like most people. One day, she got a call from her sister,for an interview for the position as a secretary. They very impressed with her experience and with her outstanding academic achievements, they offered her the job on the spot and present at 2008 till 2009. She immediately agreed (without even asking about the pay) and swing right into action.
:: Her first day work actually started before celebration on Aidilfitri...so sweets...


But Princess.... She still waiting for someone to complete her life.... Attached herewith is some the romantic countries that would be in their mind... lalalalaal....:: These are some of the "romantic countries " in the world :-

HOLLAND - Hope Our Love Last N Never Dies
ITALY - I Trust Our Love You
LIBYA - Love Is Beautiful You Also

and this is my favorite

FRANCE - Friendship Remains And Never End



Thursday, October 7, 2010

Doa Sepanjang Hayat

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

Ya Allah…Seandainya telah Engkau catatkan…Dia milikku tercipta buatku…...Satukanlah hatinya dengan hatiku…Titipkanlah kebahagiaan antara kami…Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…Seringkanlah kami melayari hidup ini…Ketepian yang sejahtera dan abadi…Maka jodohkanlah kami…Tetapi Ya Allah…Seandainya telah Engkau takdirkanDia bukan milikku…Bawalah dia jauh daripada pandanganku…Luputkanlah dia dari ingatanku…Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…Berikanlah aku kekuatan…Menolak bayangannya jauh ke dada langit…Hilang bersama senja yang merah…Agarku sentiasa tenang…Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkanAdalah yang terbaik untukku…Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…Di dunia dan akhirat…Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…Jangan Engkau biarkan aku sendirian…Di dunia ini mahupun di akhirat…Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…Ke jalan yang Engkau redhai…Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…Ya Allah…Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…Dan periharalah kami dari azab api Neraka…Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.See More

Sunday, August 1, 2010

AKU...KAU BERBEZA....AKU KAU ISTIMEWA

Asalamualaikum

Beza Tanggunjawab Lelaki(suami)&Perempuan(isteri)

AKU, KAU BERBEZA ....AKU, KAU ISTIMEWA ....

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.


Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.

Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki... Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat
kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.

Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita. Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud


Sujud legakan sistem pernafasan. Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu
pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t.. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud
adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian

belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dor ong an supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun

daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan

kelicinan perjalanan darah yang baik..
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk

menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat

dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat somb ong , riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukandarah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah
dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "


1.
Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3.. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut


4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak

diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak

terpisah dari lidahnya.

Dari Tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.



AMIN.