senyuman dulu yang ku nantikan penuh terisi dalam kelopak rinduku
yang sekian lama kau simpan rindumu untukku namun kini tiada apa makna kerana kau telah pergi tinggalkan ku sendiri
setelah segalanya tercipta bersulam kata rindu kencana kini terlerai rindu membelah sukma hatiku kosong kembali kerana kau telah merobek hati ku lagi
kosong
aku murung...sendu...rindu memburu episod lukaku bertandang lagi bertapa aku terpilu dengan helah mu sekian kali kau lakukan lagi bernanah jantung ku hati ku membengkak dan membuak berpinar mata menahan sebak airmata episod luka ku bersketsa kembali
sesekali kau hadir dalam anganku melalui tiap alur darah ku kenangan bersamamu tak mampu aku lenyapkan meski seribu tahun mendakap rindu mu
episod lukaku tercipta bersama mu jauh merentasi dua benua
aku di sini malam...kau di sana siang
aku di sini mentari...kau di sana bulan
aku di sini hujan...kau di sana berbunga
memang
memang aku terluka kini sungguh aku tak berdaya melawan takdirnya biarlah episod luka ku meniti jalannya menerobos lurah-lurah kenangan
kerana paksi rinduku bertaut pada mu...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.