Friday, December 30, 2011

:: Koleksi Doa Ketika Wuduk ::

Ketika berkumur berniatlah kamu dengan

"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah

Ketika membasuh muka berniatlah kamu dengan

"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri

Ketika membasuh tangan kanan berniatlah kamu dengan

"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

Ketika membasuh tangan kiri berniatlah kamu dengan

"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri

Ketika membasuh kepala berniatlah kamu dengan

"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu" Penjelasan: Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

Ketika membasuh telinga berniatlah kamu dengan

"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan: Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, lagu2 berunsur maksiat

Ketika membasuh kaki kanan berniatlah kamu dengan

"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali

Ketika membasuh kaki kiri berniatlah kamu dengan

"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah

ku menagis lagi untuk ke sekian kali ...


Kebencianmu.. Akan selalu..Ku terima..Walau perih..Walau pedih..... Walau rintih..Biarlah kebencianmu..Trus ku tampahi..Biarlah kebencianmu..Penuh dalam diri..

Untukmu..Aku merelakan.. Untukmu..Aku biarkan.. Ku tahan semua..Tanpa ada yang..Tersisa sehelai jua..

Kebencianmu.. Kau beri..Dari pandang matamu..Dari cara sikapmu..Dari tata bicaramu..Dari semua itu..Aku tau..Aku paham..Aku mengerti..Betapanya kau benci..Pada aku yang..Mengerti semua tentangmu..

*Jangan Serik Untuk Terus Menjadi Cantik*


" Awak tak cantik ”
” Awak tak ada rupa..”

” Saya kurang berkenan..”

” Gelap..tak putih “

Bukan mudah untuk seorang wanita menerima hakikat dirinya ditolak semata-mata atas faktor rupa parasnya sahaja. Apatah lagi jika sebelumnya, dia telah bersungguh-sungguh mempersiapkan diri supaya kelihatan cantik dan anggun.Lelaki pula, kebiasaannya menggunapakai kaedah ‘ mata adalah hakim pertama ‘. Tidak berkenan di mata, maka tidak adalah peluang meneruskan langkah seterusnya.Menjadi wanita, soal cantik atau tidak adalah soal yang besar. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan ia antara dilema yang seringkali menghantui minda wanita dalam fasa menanti jodoh.

KENALI FITRAH

Secara semulajadi, wanita mempunyai keinginan yang kuat untuk kelihatan cantik dan dipuji pula akan kecantikan tersebut. Sebab itu, wanita suka melawa. Mereka mempunyai set alat solek dan mereka memerlukan masa yang agak lama untuk berhias. Ini perkara normal yang memang Allah ciptakan khusus kepada wanita.Apabila sifat semulajadi itu cuba ‘dirampas’ oleh lelaki, maka dunia akan serta merta menjadi songsang.Namun begitu, sebagai wanita, anda sewajarnya mengenali fitrah dalam diri anda sebaik mungkin supaya fitrah tersebut tidak menjadi fitnah.

Fitrah dalam diri seorang wanita – secara hakikatnya – adalah supaya dirinya kelihatan cantik dan dipuji oleh seorang lelaki yang merupakan satu-satunya insan terpenting dalam hidupnya iaitu suami .Fitnah pada mereka pula adalah, apabila sejak dari awal berusaha supaya menjadi cantik dan disanjung-sanjung oleh semua orang, termasuklah lelaki-lelaki yang mempunyai penyakit di dalam hati .Mengenali fitrah anda dengan baik, akan menjadikan anda seorang wanita yang bijak. Anda tidak akan sewenang-wenangnya menjadikan ‘fitrah’ melawa, berhias dan kelihatan anggun itu untuk menonjolkan kecantikan anda sebagai santapan mata lelaki yang bukan mahram.

ANDA CANTIK

Berbalik kepada isu ditolak kerana ‘tidak cantik’, perkara pertama yang perlu anda jawab kepada diri sendiri adalah anda sebenarnya cantik .Lelaki itu, atau sesiapa sahaja yang mengatakan anda tidak cantik, sebenarnya langsung tidak ada hak untuk mengatakan demikian. Ya, mungkin atas prinsip ‘demokrasi’ mereka boleh katakan demikian, tetapi itu bukan bermakna apa yang mereka katakan itu suatu hakikat yang perlu diimani. Tidak sama sekali. Memahami itu, maka untuk apa pula anda bersedih sekiranya dikatakan demikian, ataupun ditolak oleh mereka atas alasan demikian? Hakikatnya, anda langsung tidak perlu bersedih kerana itu petanda yang sangat jelas, bahawa anda sedang berada di atas landasan yang betul. Kerana apa?Telah saya sebutkan di atas, bahawa fitrah dalam diri anda sebenarnya adalah untuk menjadi cantik dan dipuji sebagai cantik oleh suami. Maknanya, apabila suami telah mengakui bahawa anda cantik dan memuji pula kecantikan anda, itu sudah lebih dari memadai buat anda sebagai isteri. Pada waktu itu, anda langsung tidak akan kisah kiranya sekalian alam mengatakan anda tidak cantik.

SECANTIK BIDADARI

Sebagai wanita, anda memang cantik. Secantik bidadari. Bidadari yang hanya layak dipuji dan disunting oleh putera kayangan. Dalam dunia ini, hanya putera kayangan itu sahaja yang diberi peluang oleh Allah untuk melihat kecantikan anda.

Hari ini, anda ditolak dan tidak diterima. Bermakna, mereka-mereka itu bukan putera kayangan yang ditakdirkan untuk bidadari secantik anda. Suatu ketika nanti, akan datang seorang putera kayangan kepada anda. Dan dia tidak akan teragak-agak untuk memuji anda sebagai wanita yang paling cantik. Tidakkah pujian yang keluar dari mulutnya waktu itu suatu kalimah yang cukup untuk membawa anda terbang tinggi di awangan? Waktu itu, masihkah bersisa saki baki kesedihan waktu anda ditolak hari ini? Sudah tentu tidak. Bahkan kesemua perkara itu tidak lagi penting bagi anda. Yang penting, anda adalah bidadari paling cantik untuk seorang suami.

JANGAN SERIK

Justeru, janganlah serik untuk terus menjadi cantik. Caranya pula, bukan sekadar membeli dan berlatih dengan pelbagai alatan solek. Cara paling ampuh adalah dengan memakaikan make-up termahal untuk hati nurani anda. Dari situ, kecantikannya akan tembus ke luar.

Pernah tak anda berjumpa dengan wanita yang berkulit agak gelap dan tidak mempunyai rupa paras yang cantik? Tetapi anda sangat menyenangi wanita tersebut. Apabila anda bercakap, dia akan mendengar dengan tenang. Apabila dia memberi pandangan, tutur katanya sungguh sopan. Apabila dia berjalan, pandangannya fokus dan tidak melilau-lilau. Apabila berpakaian, dia kelihatan sungguh selesa dan terjaga.

Jika anda berjumpa dengan wanita seperti itu, rapatilah dia dan tanyakan kepadanya, apa rahsia dirinya menjadi cantik sebegitu rupa. Mungkin, anda akan beroleh pencerahan dan panduan mencantikkan jiwa.

Jika mereka yang tidak dikurniakan rupa paras yang cantik pun mampu menonjolkan kecantikan sebegitu rupa, mengapa tidak anda juga menempa kejayaan yang sama? Mulai sekarang, teruskanlah berusaha.

Ingat, bukan mudah untuk menjadi bidadari. Jadi, jangan serik berusaha untuk terus menjadi cantik.

Sekian.


:: Koleksi Doa Ketika Wuduk :

Ketika berkumur berniatlah kamu dengan
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah

KeKetika membasuh muka berniatlah kamu dengan "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri

3. Ketika membasuh tangan kanan berniatlah kamu dengan

"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri berniatlah kamu dengan

"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri

5. Ketika membasuh kepala berniatlah kamu dengan

"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu" Penjelasan: Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga berniatlah kamu dengan

"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan: Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, lagu2 berunsur maksiat

7. Ketika membasuh kaki kanan berniatlah kamu dengan

"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali

8. Ketika membasuh kaki kiri berniatlah kamu dengan

"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah

.::. mEngUbAh HAti .::.

Kita tak boleh menghentikan hujan atau menutup terik matahari dengan awan...Tapi kita boleh menggunakan payung...
Kita tak boleh merubah arah angin namun kita dapat menyetir layar perahu...
Kita tak mungkin mencabut semua duri-duri di semua jalan ...namun kita boleh mengenakan alas kaki yang tebal ...
Kita tidak boleh menutup mulut semua orangn namun kita boleh belajar tuli...
Kita tidak perlu susah susah mengubah keadaan dan tak perlu buang waktu mengubah orang lain.Yang perlu kita ubah adalah hati kita...kalau hati berubah keadaan akan berubah. kalau hati menjadi baik, ucapan dan perilaku akan menjadi baik...Tak perlu mendesak orang menjadi baik, orang2 akan menjadi baik dengan sendirinya...
Ada kalanya kita membenci diri kita sendiri
Ada kalanya kita tidak menyukai apa yang kita lakukan
Ada kalanya kita melakukan kesalahan
Ada kalanya kita terpuruk dalam kepedihan
Ada kalanya kita tenggelam dalam kesedihan
Ada kalanya kita tidak mengerti mengapa hidup berjalan tidak seperti yang kita bayangkan
Ada kalanya perjalanan ,menjadi demikian berat kita rasakan
Hingga sikap kita pun terbawa oleh perasaan. Hingga kita mengambil langkah tanpa pertimbangan. Tindakan yang dilakukan pun merupakan reaksi spontan. Akibatnya yang tertinggal kemudian hanya penyesalan dan keterpurukan yang semakin dalam.
Berbahagialah...saat kita sedang menahan diri terhadap sesuatu yang sangat kita inginkan saat kita sedang menghadapi Segala Permasalahan dengan tenang saat kita berhasil menaklukkan musibah dan hambatan penyebab kesedihan.
Hidup tidaklah berjalan seperti yang kita inginkan kerana itu melewati saat2 yang tidak menyenangkan adalah sesuatu hal yang membahagiakan maka sungguh menyenangkan betapa membahagiakan tatkala kita berhasil mengalahkan diri sendiri.
Rasululah bersabda :
"Sesungguhnya seorang muslim yang terbaik bukanlah yang tidak pernah berbuat kesalahan, namun mereka yang tiap kali melakukan kesalahan mengakuinya, menerimanya, dan kemudian berusaha bangkit untuk memperbaikinya lagi (taubat)"
Dari Abu Musa Abdullah bin Qais al-Asy'ari r.a., dari Nabi shalallahu'alaihi wasalam...sabdanya:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu membeberkan tanganNya -yakni kerahmatanNya- di waktu malam untuk menerima taubatnya orang yang berbuat kesalahan di waktu siang dan juga membeberkan tanganNya di waktu siang untuk menerima taubatnya orang yang berbuat kesalahan di waktu malam. Demikian ini terus menerus sampai terbitnya matahari dari arah barat -yakni disaat hampir tibanya hari kiamat, karena setelah ini terjadi, tidak diterima lagi taubatnya seorang." (Riwayat Muslim)


just the ♥









d0n't yOu!!!...



i don't regret that things i have done...
i just regret the thing i dind't do when i had the chance...

some people think that to be strong is to never feel pain...

in reality the strongest people are the ones who *feel it
*understand it
*accept it ...

Tuesday, December 27, 2011

On my 26 years...♥♥♥♥♥♥ain♥♥♥♥♥♥ 2011

"falling in love makes me feel more alive..happy n vibrant..i can ward off depression n anxiety..makes me feel stronger,more able to handle situations that previously may have really challenged me"..kn sayang =)


"thank you so much...for my beloved family..to sponser this sweets and cute cake"...













BERSABARLAH MENANTI KEKASIH HATI

Sabarlah menunggu...
Janji ALLAH kan pasti Hadir tuk datang menjemput hatimu ,Sabarlah menanti usahlah ragu ,Kekasih kan datang sesuai Iman dihati ,,Dan Harapan kan menghampiri ,,Sesuai ikhtiarnya masing-masing...Bila HATI tertaut pada yang ILAHI Tak ada yg mesti kita takuti ...Bila sudah masanya..... Kebahagiaan yg dinanti kan kau rengkuh jua Yakinlah pada-Nya

"Ya Rabb.. Tautkanlah hatiku dan hatinya dalam INDAHnya mencintai kerana-Mu ..Aamiin ya Rabb.."

Untukmu CINTA...
Yang hadir di hati tanpa sebab, tanpa syarat tak terbatas oleh ruang,waktu dan jarak yang membentang... Andai benar cinta itu karena Allah biarkanlah Allah Sang Pemilik Cinta yang mengatur segalanya hingga KEINDAHAN itu datang pada waktunya dengan orang yang TERBAIK yang Allah pilihkan untuk kita

Wednesday, December 7, 2011

5 December 2011 in ♥



it is rare that i meet someone,
who with that first smile become my loves ones,
someone i knows,
nothing about you one day and all your secret thoughts the next,
someone who asks for nothing,
in return for friendship,
but friendship itself,
someone who makes it,
just easy to share sadness,
as it is to share joy,
i found that rare someone,
when i found you,
and like a precious memory,
a love like ours is forever...
....with love ♥

Wednesday, November 30, 2011

Jay Bee & myself

****jaybee n myself****

~hurmmm nowoonder la i nk bgtau,just sharing into my sweet note at the moment

~dr alam kanak2x lg aku dibesarkan di jaybee...di waktu usiaku 6thn..my lovely mama terlebih dulu meninggalkan aku kerana Allah swt lebih mengasihi nya..semoga arwah mama berada brsama org2 yg beriman di sisi Allah..al-fatihah~tp aku dikurniakn lg "ibu" penyambung,utk menumpang kasih..well i have 2 mom's now =D alhamdulilah

~starting for my 1st diploma pn graduate kt jaybee jgk..in hotel management n culinary..

~bertemu chenta hati pn kt jaybee jgk...namun apakan daya jodoh kami tak panjang..

~1 jerk yg menarik kt jaybee..ada danga bay in front of kota singapura..dr dekat dah nmpk negara lain..cuma terpisah di antara tambak johor dn lautan danga..

~oh tidak mungkin sesekali utk aku kembali di jaybee..jika aku masih diperlukan disana

.::walau apa pn yg pernah terjadi antara aku dn jaybee..semuanya tetap segar dlm ingatan,yg gembira,sedih,pahit manis kenangan hanyalah menjadi sejarah dlm ranjau kehidupan aku setelah sekian lama

::.Yg baik itu semuanya dtg dr Allah swt..aku seba kekurangan namun tetap bersyukur dgn segala yg aku ada,alhamdulilah...










Sunday, November 27, 2011

Roda Kehidupan ku 2011~1432/1433 Hijrah

Diri ini umpama air,
Mengalir tanpa henti,
Selagi tidak bertemu penghujungnya,
Perlu diteruskan jua,
Demi bekalan hari esok,
Namun berbekalkan semangat,
Kejayaan yang ku miliki,
Hadiah buat yang teristimewa,
Ayah, Ibu & keluarga,
Jua...
Agama, bangsa & negara,
Jatuh bangun lumrah dalam kehidupan,
Suka duka lukisan alam...

PART II ~ .:: in the end of love ♥ story "milo suam & nescafe iced" ::.

~kalau korg ada bace "previous note story, kisah chenta milo suam & nescafe iced", inilah penghujung cerita cinta mereka..langit tak selalunya cerah, panas tidak ke petang tp hujan di tengah hari.

~ kini nescafe iced dengan rela hati, walaupun dia tahu hatinya terluka, demi melihat milo suam bahagia, nescafe iced mengundurkan diri. pemergian nescafe iced dikala hatinya pedih, kerana terlewat meluahkan rasa cinta terhadap milo suam.

~apa yg berlaku sebenarnya...adakah kerana milo suam sudah bertemu "chenta hatinya" bagaimana pula terabainya perasaan terhadap nescafe iced. mungkin jua kerana sifat malu nescafe iced meluahkan isi hatinya,lalu milo suam beralih arah pada yg lain.

~kehadiran org baru dalam hidup milo suam..menjarakan lagi perhubungan bersama nescafe iced. dari talian persahabatan langsung kehadiran nescafe iced mula dilupakan oleh milo suam. kemesraan yg terjalin dulu bagaikan sudah tiada erti lagi. adakah benar yg dikhabarkan, rasa chenta antara milo suam & nescafe iced sudah tawar. apatah lagi nescafe iced, rasanya sudah bercampur tawar kerana cairnya iced itu sendiri..maka semakin tawar lah perasaannya terhadap milo suam.

~perpisahan ini mengajar nescafe iced untuk jadi lebih tabah. bukan ini yang pertama cintanya hambar, tapi nescafe iced tetap hulurkan doa restu kepada milo suam semoga jodohnya berkekalan.

~nescafe iced mulakan kembali hidupnya yang baru, dalam suasana yang baru, bersama rakan rakan yang baru, mana mungkin juga kali ini cinta sejati berpihak jua pada nescafe iced. walaupun perih pedih dihati..nescafe iced tetap mencuba agar hidupnya kembali ceria dan tidak tawar seperti sebelumnya.

~forever and ever milo suam ♥ nescafe iced
~

PART I~kisah chenta milo suam & nescafe iced

~g je restaurant,kdai mamak,warong take order mesti ada milo suam & nescafe iced
~bkn sb perbezaan rasa minuman tue tp kisah chenta antara mereka ttp menjadi rahsia
~tiada siapa tahu,tiada siapa mengerti apa yg mereka mahu
~milo suam tetap dgn suam dia walaupn dia sdg marah,tp tidak prnah sekali milo suam tnjukn
~tp nescafe iced tahu yg milo suam bkn lah seperti itu
~nescafe iced dh lama pendam perasaan pd milo suam
~mungkinkah rasa chenta antara milo suam & nescafe iced ni akn brsatu..
~kpd milo suam,jgn la malu2,luahkn cepat kata chenta pd nescafe iced
~nanti bile nescafe iced da cair tawar pulak rasa sbnr nanti..
~walaupn hari2 milo suam & nescafe iced brjumpa di satu meja yg sama mereka ttp memendam rasa..erm smpai bila 2dua nk diam je...mungkinkah mereka berani luahkn rasa chenta
¤milo suam & nescafe iced¤ doakn la yg trbaik utk mereka..insyaallah

sense of love 27 April

~Assalamualaikum...

Nobody knows about this date,about this number since he left me after 7years..2004
Just to share sense of my love..about relationship but is more love of friendship..is too much when every nite i can't stop cried,can't stop thinking about he..too over rite..i hope have a right time to forget all about this,but when,where i never know..still hopping..myb untill i die one day =( owh cannot..please go away from me..
Yes,he very carring,loving and too concern about me..at the time i'm really proud of he because for me he a very perfectionist couple,like my future husband n more than that he is my best friend
We always together,wherever to go..but sometimes he teach me how to survive without he,independent to other time alone.
one day i got a phone call from he,then i'm really shock for a while when he say "we break of now"..owh my goodnes,how should i do after this without he,why he do like this to me even i never every minutes forgot about our relationship,"apa salah aku"..now he take everything what i have..
It because of that when he open their heart to other girl..
Heartbroken..unfaithfull..now i knows all happen is comes from "Allah swt" and trust "Qada Qadar"...
Have a lots sense,have a lots sweet memories ,so now i'm trying to forget one by one all about he,their smile..like my prince charming..
"please give back my soul,my happiness,my love.i need all to start again my life,i need someone that really honest about their self n love"
Some people wait their whole lives to find their soul mates..n why we have to live with men.
For me,life is looking up for saffy,have a brilliant job,a gorgeous house,husband,big family.
But happy ending are playing hard to get all and everyones keeping secrets.
It's going to take some tough questions and ever tough her answers before enyones honest even with themselves..

I knows he must come back to me one day..what ever have done..myb to other world..

"Sekian,terima kasih" because of read my "sense of love 27 April".. (@_@) just my note..
**anything to share,just give your comment**

To my beloved : "ayah" the precious ♥ & the greatest gift from Allah S.W.T


kepada Ayah ku yang sangat di cintai...

Alhamdulilah..kakak bangga memiliki ayah..kerana..tiada lagi yg paling hebat melainkan ayah..ayah cukup sempurna dimata kakak..Ayah...Terima kasih krn di waktu usia kakak skrg, ayah telah bersusah payah menjaga,mendidik,memberikan sepenuh kasih sayang ayah pd kakak..."a zillion thanx to ayah" terima kasih ayah kerana sentiasa bersabar dalam memberikan kasih sayang,mendidik anak2 ayah yg lain krn kami selalu ingin berebut mendapatkan perhatian ayah..lagi la yg mcm kakak sorg nie..Ayah...Maafkan kakak ya,sekiranya selama ini kakak byk buat ayah susah hati,maafkan kakak ye ayah..krn anak ayah yg s'org ni sangatlah nakal...hehehehe (@_@)Ayah...Kakak selalu berharap akan sentiasa dapat membahagiakan ayah sekadar mana yg kakak termampu buat..maafkan kakak ye ayah jika selama ini terabainya kasih sayang kakak terhadap ayah...kakak nak ayah tau kakak sayang sangat pd ayah..Kalau la ada sesuatu boleh kakak berikan sbg ganti utk membalas segala jasa ayah..kakak akan cari sampai dapat..sampai hujung dunia sekali pn.."Ya Allah,ya Tuhanku..panjangkn la usia ayah sehingga aku puas untuk membalas segala jasa ayah trhadap aku semenjak aku lahir hingga kini..berikanlah kesihatan yg brpanjangan kpd ayah agar aku boleh melihat ayah sentiasa tersenyum gembira..Ya Allah..aku masih memerlukan ayah,berikan lah aku kesempatan masa utk memgembirakan hatinya..membalas segala jasa ayah..Andai kami terpaksa juga berpisah di dunia ini,maka temukanlah semula kami satu keluarga dlm syurgaMu~Firdausi..di akhirat nanti..Ya Allah ya Tuhanku..sesungguhNya dikau Maha mengetahui segalanya..amin..amin'Yarabalamin.." ♥walupn ayah xada fb..dn dia xtau pn yg aku luahkan sgalanya disini..kpd rakan2 ku..sayangilah ayah kita..dan hargaila jasanya selagi hayatnya masih ada..setiap hari adalah hari "dia" walau apa pn gelaran yg diberi..ayah,abah,baba,walid,papa,dady n any man can be a father but tiada ganti selain "ayahku..u are my hero,because end of my name have Binti DOLLAH"..happy father's day"

Wednesday, February 9, 2011

aKuLaH pUtErI iTu

updated by 9feb2011,720am

Semangat nyer put3 ni. Alhamdulilah bangun je dr tidur yg lena beserta diulit mimpi yg indah terus teringat kisah cinta yg telah diceritakan,dikongsi brsama dr kalangan kenalan rapat. Apa yg cuba disampaikan, bagaikan kisah 'the beauty and the beast'..brlainan rupa tp kisah mereka brsahabat tentang cinta hampir sama.

Faktor usia??mungkin..mane tidak nyer..bff put3 sndri pown yg sebaya dh branak pinak. Ada saje undangan raja sehari dr kwn2 lama..yg jd tunangan org..arghh tension put3 memikirkannye..balik ke kampung halaman,bonda pula brtanyakan hal yg same..dah bertemu ke 'putera idaman'..dah berganti ke cinta yg dulunya put3 kasihi akhirnya kecundang di tengah jalan..erm mungkin jodoh itu rahsia Allah..kita hanyalah perancang,pelakon terhebat di atas pentas reakan malah kita juga tak tahu bilakah brakhirnya cheritera cinta hikayat hidup kita..mungkin juga sbg panduan ada hikmah yg tersembunyi untuk mencari seseorg yg lebih baik dr 'si dia' atau ianya menjadi kn put3 lebih tabah untuk menghargai sesuatu itu..

Put3 obses sgt bila saling bertukar cerita,mendengar nasihat malah put3 rasa semakin brsemangat untuk meneruskan hidup ini..bukanlah penghalang rasa moody sentiasa bila putus cinta dn seyakinnya put3 tahu pasti ada jodoh yg sesuai baik dr segi agamanya,akhlak yg mulia tentulah dijadikan khas untuk put3. Asal kejadian kaum Hawa juga adlh dr tulang rusuk Adam..so put3 tak perlu risaukan apa apa..ku percaya ada cinta erm cm tajuk lagu Dato Ct..

Bermula epilog cinta put3 awal 2004. Biar put3 gelarkn si dia tu 'MFY' a.k.a bkn nama sebenar. Tanpa put3 sedari bait bait cinta kami mula berputik. Dalam jurusan yg sama di sebuah kolej swasta dlm daerah selatan tanah air. Kemana pergi mesti brsama malah kami saling bersaing dlm mengejar cita cita. Sering kali mencabar utk mendapatkn pointer tertinggi dlm setiap semester. Ada di kalangan rakan seperjuangan yg lain cemburu melihatkn keakraban put3 dn MFY.4thn hubugan kami..2008 penghujungnya. Setelah selesai majlis graduation,put3 sangat bahagia. Inilah buktinya kejayaan yg dh lama put3 impikan hadiah buat Ayahnda dn Bonda tercinta,yea mrs.Diploma..

Put3 sangka kn panas hingga ke petang tp hujan pula dtg mengundang. Di uji sebergitu berat kehilangan org yg put3 sayang. Sejujurnya MFY lah antara org yg put3 kenal. Hubungan kami putus mcm tu tanpa sbrg kata penamat. MFY pun dgn senang nya melafazkn kata itu. Sungguh put3 tak percaya. Luluh hati ni, sakit, pedih. Di mana janji yg pernah MFY katakn pd put3. Sungguh pun bergitu put3 dah menjangkakan dr awal lg bahawa jarak jauh antara kami bukan lah penyebabnya tp itulah alasan di atas berakhirnya hubungan kami. Put3 lebih menyedari sebenarnya MFY curang dn tak jujur dlm perhubungan kami.

Alhamdulilah, setelah put3 lalui detik menyedihkan itu, put3 mendapat tawaran kontrak selama setahun di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota sbg Setiausaha. Put3 terus terima tawaran tersebut dn brterima kasih kpd kekanda trcinta. Mungkin jua jika tanpa bantuan kekanda, sekarang put3 tak akan seperti put3 yg dulunya kecewa,looser krn perjalanan cinta yg kecundang di tengah jln tanpa ikatan. Pengalaman yg sangat berharga ni bergitu bermakna dlm hidup put3. Di bandaraya besar ini lah put3 mulakan hidup baru. Membawa haluan diri mencari kekuatan untuk meneruskan hidup.

Put3 bangga krn walaupun ditinggalkn tanpa sebab dn alasan, put3 tetap boleh enjoy..terurkan hidup tanpa cinta dr sesiapa, walaupun ada ketika nya put3 dihadiri jua beberapa insan yg brnama lelaki, akhirnya hanya singgah sementara lebih sesuai lagi biarlah hanya sbg kawan tanpa perasaan istimewa wujud dlm ikatan persahabatan ini.

Bertapa kuatnya hati put3 yg percaya bahawa akan hadir cinta sejati untuk put3 biar pun pernah di kecewakan, hati put3 masih lg terbuka untuk menerima hadirnya cinta dr seorg lelaki yg tulus mencintai put3. Bukanlah penghalang kisah cinta dulu untuk mendapatkan cinta baru. Sungguh pun put3 sehingga kini masih lg tidak dapat melupakan apa yg pernah terjadi dlm kisah cintanya dulu. Put3 mengharapkan biarlah cinta yg baru ini hadir dgn seperti put3 baru mengenali apa itu cinta. Buku baru dibuka. Buku lama bagaikan diari yg hanya tertulis kisah kisah yg lampau untuk di jadikan panduan masa depan.

Sedang hati bergolak,fikiran bercelaru memikirkan, put3 menadah tangan,berdoa "ya Allah ya Tuhan ku, maha berkuasa mengetahui setiap kejadian tanpa aku sedari..tabahkanlah hati ini, tetapkan lah imanku agar tak berpaling dgn ikrar ku tiada tuhan yg ku sembah melainkan Allah Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah..Allah Huakhbar!!! Ya Allah semoga aku dikurniakan kesihatan yg brpanjangan, untuk mengharungi segala dugaan di dunia, jdkan lah aku hambaMU yg soleha,anak yg taat dan hormat pd ibu bapa, sahabat yg baik ahlaknya serta temukanlah jodoh yg berkekalan hingga akhir hayatku..temukan lah imam ku dlm solatku..temukanlah aku dgn pemilik tulang rusuk ku dn temu kan lah aku dgn 'Adam' yg sesungguh nya telah tertulis sejak azali di awal kejadian aku..sesungguhnya aku percaya jodoh itu rahsia mu ya Allah..ampunkan lah segala dosa dosa ku sejak aku dilahirkan..Rabanaatina fiduniahasanna wafilakhirati hassana wakinna azabana..amin ya rabalalamin"..

*sbln sblm MFY mendirikan rumahtangga nya bersama gadis pilihan hati yg bukan lah put3 sbrnarnya, put3 doakan juga semoga MFY dn pasangan hidup bahagia hingga akhir hayat..

Aku lah puteri itu..di dedikasikan kpd mereka yg sangat percayakan wujudnya cinta sejati..walau apa pun put3 yg di ceritakan tetap seperti dulu. Beliau beranggpan bhwa perpisahan yg brlaku antara MFY mungkin jua krn kesilapan,kesalahan yg ada dlm dirinya tetap jua menghukum sendiri..masih lg menjadi tanda tanya sehingga sekarang sebab pepisahan berakhirnya episod cinta mereka.

Jangan jadikan hidup kita seperti terasa bergitu singkat. Jangan pula terlalu meratapi,menangisi krn terjadinya perpisahan itu. Percayalah bahawa kita di uji dgn sesuatu mempunyai sebab yg baik. Untuk mematangkan diri menguji kesabaran dlm diri. Jangan berhenti berusaha, bertawakal, bermuhasabah diri dn berdoa semoga di permudahkan segala urusan.

InsyaAllah. Mendoakan sesuatu yg baik adalah lebih baik daripada berterusan menyimpan dendam dlm hati dn sesungguhnya itulah penyakit hati..

Sekian..

Friday, February 4, 2011

dari Barat ke Selatan tanah air...

3rd Febuary 2011
{cerita untuk Miss Pinky}

*ready for long journey today..going to Pinky hometown at Evergreen Heights..Bkt Branang..have 5days vacation include CNY..chinese new year

Terminal bersepadu Bdr Tasik Selatan..

9AM Pinky dh slmt brada dlm bas mayang sari..trip to Batu Pahat...sejak akhir akhir ni dlm berita area selatan,Malaysia di landa banjir. Risau betul, alhamdulilah semuanya slmt..

1230PM Tiba di Muar.. Owwohh da mcm kt Bangladesh pulak..hahaha xpyh g jauh,kt sini je dh blh rasa mcm colour of ranggoli ala ala bo££ywood..yg mcm shahrukh khan..salman khan...tp seram gak pinky...sb diorg ni kalau menegok org membulat je mata..alhamdulilah 1PM slmt sampy di Batu Pahat...kt sini pn dah mcm brada di negara asing..mane la diorg nie..rasa keselamatan pulak tergugat..pihak2 brtanggungjawab

Pinky sbnrnya rindu pd keluarganya...time cuti panjang la boleh balik lepak dgn family..cerita panjang,gurau senda..

Hehehe...dady bwk pinky g beach @ Pantai Batu Minyak...duduk di ibu kota mmg x menjamu mata..pinky asik tgk banggunan tinggi..semuanya batu2 je..sibuk dgn trafic jam lg..keracunan udara carbon dioksida..smpy kmpg segalanya berubah..welcome back for naturaly environtment..seronok sgt..

Pinky masih lg menghitung hari..bila la jodohnya akan tiba..sayu bila melihat ada di antara kwn yg slmt ke jinjang pelamin..brtunang kawen..yg dah jd mummy dady pn ada..comel sungguh baby tnda brsatunya cinta sejati mereka..pinky doakn semoga kalian hidup bahagia hingga akhir hayat..

Pinky..pinky pinky..to be continue a another story dr Miss Pinky..

Tuesday, February 1, 2011

C.I.N.T.A ♥♥♥ K.A.W.A.N

to all my lovely friends.....


Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa?Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa?? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI..... Walau kita punya couple, teman still paling setia.. Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga. frenz never break...............




Saturday, January 22, 2011

Perjalanan hidup 220111...

Alhamdulilah nyawaku masih di kandung badan....

erkkkk mengeliat badan ni nak bangun...maklumlah tilam empuk nie ala vono membuatkan aku malas nak bangun....

nak pergi mana yerkkk.....

seawal jam 8 pagi.....

sedang mempersiapkan diri...mencun-cunkan diri sebelum keluar rumah dengan dilengkapi selengkap mungkin gaya sebagai muslimah sejati....on my listing hari nie kena beli tiket untuk balik kampung....yang selalunya aku guna KTM keretapi tanah melayu...tapi memandangkan family ku dah berpindah destinasi kali ini agak jauh sedikit berbanding dulu....dah lama juga tak gunakan pengangkutan awam yang satu ni "Bas" bukan apa kan sejak akhir-akhir nih banyak berita kemalangan jalan raya melibatkan pengangkutan awam seperti bas...seriau aku bila fikirkannya....dalam menuju ke arah Bdr Tasik Selatan @ Terminal Besepadu Selatan....woww sgt selesa...comfortable sungguh tempat baru nih berbanding Pudu Raya apatah lagi dengan kemalsan aku nak menapak ke Bkt Jalil.... hehehehehe...best jugak 1st time dulu ader ar sekali naik flight balik kampung dan perjalanannya hanya mengambil masa 45minit je bording at Senai Airport dari LCCT...

KL sentral.....

sambil berjalan (dah biase pown sorang2) meng usha boyperen orang hahahahaahahh

12pm

berkeroncong perut aku nih menahan lapar....singgap ke Mid Valley...terus aku ke restoran makanan segera uncle Mcd...cukuplah sekadar mengambil menu set mc chicken....hehehehe dpt gak layan internet free wifi@mcd via mobile phone aku nih....heheheehhh after that tmpt wajib aku akan pergi MPH bookstore...wey dah lama tak beli novel ni kan. ni ha nak share sket sinopsis novel yg aku beli dr MPH.

Adam & Hawa (alaf21 by: Aisya Sofea)

Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu. Akhirnya ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar dihatinya. Ah....Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain ???

Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.

......bagi Adam dia tetap menanti Hawa nya biarpun lapan tahun lagi......

ermm antara novel2 yang ada nama Ain "Keranamu Ain & Hanya Untukmu Ain" tapi novel tuh dah tak ada pada aku lagi....mane tah hilang tak berjumpa lagi


fuhhhh dekat 2jam lebih aku mengupdate blog...cleanup email dan..ber mukabuku (facebook)....heheheeheh sekian saja untuk hari ni ok...


sekian....

Tuesday, January 18, 2011

kerana hal itu...

~babe..tak sangka la wey kerana hal itu da pulak kita tak bertegur sapa..bagus la sebab sekarang kau dah ada kawan baru..so ada la orang lain selain aku yang sudi dengar permasalahan kau..yang macam selalu kau update status dalam 'mukabuku' kau tue..

~babe..aku tak ada niat pown nak sakit kan hati kau..woiii bukan ke best kalau cite hal kawen2 nie..kan kau jugak yang sibuk selalu cite,share story hal nie dengan aku..aku layan je la bile dah ada yang start dulu...owh tak sangka tibe2 je jd se 'kronik..barah tahap 3'..tak tau la pulak family dia amik serious hal nie..

~babe..kau pon 1 gak apesal duk diam cam patung cendana sambil tersenyum simpul malu2 kt situ..atleast ko cakap la sumting tuk defent diri kau..'makcik saya bukanlah gadis yang dimaksudkan'..tak la sampai brposing kuar lensa kamera..aishhh lau dah cam tu orang ingat diam tanda setujue..

~babe..sampai hati kau cakap aku lidah bercabang..bukan sebab tu je kadang2 aku selalu terasa dengan kata2 kau..kau selalu downkn mood aku tanpa kau sedar..tersentap aku..

~babe..lau aku bersalah kerana hal tu aku minta maaf..eh dlm blog aku nie dia dengar ke..arggh biar la..tak pe aku pun selalu maaf kan kesalahan orang lain sebelum aku tido takut esok tido tak bangun2 kan..

~babe..dah lah lepas ni kau cari la orang lain untuk dengar story2 kau tuhh..kau kan ramai bestfewen selain aku..

~maaf kalau aku telah menyakiti hati kau..walau hati ini terus menangis tapi aku lakukan semua ni sebab rasa cinta pd kawan aku seperti kau..jujur aku pon tak kuasa nak jd penyebab gurauan dengan kau lg..

~aku bangga ada kawan macam kau..

Sunday, January 9, 2011

kERanA seMaLAm..haRi iNI daN eSok

~tak tahu dari mana nak mulakan cerita..aku sedar aku bukan yang terbaik sebab itu la aku tak pernah rasa akan kebahagian memiliki cinta dari orang yang bukan mahram ku..
~ya Allah..aku sentiasa di bayangi dengan kisah silam ku..aku terlalu berdosa kerana telah menyerahkan cinta ku pada yang bukan berhak..adakah aku akan dapat kan kembali cinta itu sedangkan aku tahu hanya kepada mu ya Allah seharusnya aku berikan rasa cinta itu...
~salah kah aku untuk mencintai dia..sedangkan aku telah dikurniakan rasa cinta itu..mungkin juga memang salah aku kerana terlalu mempercayai cinta itu sehingga aku lupa siapa diri aku yang sebenarnya...
~kerana semalam hari ini dan esok...masih kah ada ruang cinta ini untuk aku berikan kepada yang sudi menerima diri aku seadanya..aku cuba untuk memperbaiki diri aku..berubah kepada yang terbaik...kerana dulu aku pernah di cintai..sudikah orang itu menerima aku..sudikah aku menerima orang itu..
~sehingga suatu detik aku tidak mengharapkan apa-apa lagi daripada cinta..melainkan aku lebih mempercayai cinta itu jika ada yang sudi menghargai apa itu cinta..
~kerana cinta la aku hidup di dunia..kerana cinta la kadangkala aku lupa untuk berhati-hati tentang cinta..
~aku perempuan dan dia lelaki bergitu juga jika dia lelaki dan aku lah perempuan itu..maka satukan la kami sebagaimana yang telah di takdirkan untuk aku..malah aku tak akan mudah merasa kalah untuk mencari cinta..
~tak kisah la apa warna kulit..yang penting kita punya rasa cinta yang sama..tak kisah la tinggi atau rendah darjat di dunia seseorang tu asalkan biarlah dia lebih mencintai ALLAH YANG MAHA ESA selepas itu barulah dia boleh mencintai aku...
~aku bukan sesiapa...jika aku sudi terima siapa cinta itu..jika cinta itu sudi terima siapa aku..kerana aku serba kekurangan..bimbinglah aku..berikan lah aku kekuatan supaya masih ada cinta lain dari insan yang bergelar kaum adam yang boleh aku percayai lagi..
~maaf kan aku..kerana semalam hari ini dan esok pernah di cintai..mencintai dan saling menyayangi..

~~~~cinta untuk aku~~~~